28.6.08

Atonement

I watched Atonement for the very first time, on DVD of course (RM4 in Batu Feringgi!).
Good movie, and interestingly, had the word CUNT displayed on-screen for at least 3 seconds.
And 3 seconds is a long time.

I didn't watch the film in the cinema when it was screened a few months back, so I'm really really curious if anyone knows whether you can see CUNT in GSC??

KK is lovely.

But nowhere near as lovely as NHAM.









24.6.08

Dutch failure

Since Holland self-destructed terribly in Euro, I have to cancel my proposed Dutch post. Instead, I've decided to be all "ketuanan Melayu, songkok wearing" and shit, so once again, another Bahasa Melayu entry. Bergembiralah!

Ambik kau - Khyril Muhymin, Badrul Bakhtiar, Fadly Baharom, Shafiq Jamal & Fauzi Shaari. Kedah played extremely well against Selangor, dodgy keeper apart. And all without 2 of their foreign players. But the only foreigner who did play was a genius. An intelligent playmaker!!

Ini ada satu kisah.

Ada seorang pengusaha padi & ternakan ayam agrikultur yang agak berada. Apa kata beliau dinamakan Pak Dawilah. Pak Dawilah ada sawah padi yang besar di Kepala Batas & juga ladang ayam yang tak kurang hebatnya. Pak Dawilah sedar dia tidak begitu cekap mengurus agrikultur, ye lah... dia lebih suka tidur di waktu petang dan juga melepak bersama menantunya, Khyril. Lantas, Pak Dawilah melantik seorang pengurus ladang hebat untuk menjaga sawah & ayam, dengan harapan pengurus ini dapat mengembangkan perusahaan agrikulturnya ini ke luar negeri. Mungkin ke Perlis.

Pengurus Ladang (namanya TS Malican - hmmm macam TS Elliot!!) seorang yang dahsyat hikmatnya & mempunyai ilmu urus ladang yang hebat. Pada awalnya, Pak Dawilah memberi 100% kepercayaan kepada TS dan hasilnya!! ya hasilnya!!!

Hasilnya ialah... keuntungan berlipat ratus kalimullah (oops) kali ganda! Dari 1 sawah padi, kini Dawilah ada 30 sawah padi (termasuk di Perlis & Sabah) dan lebih 1 juta ekor ayam. Semua dari titik peluh TS dan pekerja-pekerjanya. Dawilah awalnya bersetuju untuk mengambil 65% dari keuntungan dari TS dan selebihnya diberi kepada TS untuk melabur semula agar perniagaan dapat dikembangkan lagi.

10 tahun yang pertama, Dawilah untung banyak. Semua wang hasil ayam & sawahnya dapat digunakan untuk membangunkan rumah buruk Dawilah. Malah, seluruh warga kampung Dawilah diberi diskaun yang teramat murah untuk membeli padi & ayam. Penduduk amat menyanjung Dawilah disebabkan kemurahan hatinya.

Tapi Dawilah sebenarny tidak begitu cerdik. Ataupun pandai berjimat. Duit yang banyak itu digunakan olehnya sesuka hati. Dawilah membeli bot yang hanya digunakan 3 hari setahun dan juga membina koridor di kampung sebelah. Entah apa tujuannya? Itulah persoalan orang kampung.

Orang kampung pula sudah makin malas disebabkan sentiasa mendapat makanan murah. Duit yang lebih tidak disimpan tetapi digunakan untuk membeli telefon bimbit yang memainkan lagu Madonna. Ataupun Pop Shuvit.

Namun malang tak berbau. Harga ayam dan padi secara tiba tiba meningkat dengan mendadak. Kos menguruskan ladang juga naik dengan drastik. Untung Dawilah makin berkurang!

Dawilah terpaksa mengurangkan diskaun padi & ayam, menyebabkan penduduk kampung mengamuk sebab harga naik.

Penduduk kampung mengamuk kat TS Malican sebab harga padi & ayam naik. Walhal TS Malican cuma menjaga perniagaan sahaja, tiada kaitan dengan penetapan harga. Namun, penduduk kampung tetap mengamuk. Membakar koridor di kampung sebelah dan menghantar SMS jahat. Ini semua sebab penduduk kampung agak bodoh rupanya.

Dawilah pula makin terdesak. Dia hanya senyap sahaja.
Kemudian, dia berharap TS Malican dapat beri lebih duit kepadanya. Lebih dari 65% yang telah dipersetujui.
Bila penduduk kampung mengamuk, Dawilah tidak pun mempertahankan TS Malican yang selama ini telah berkhidmat dengan penuh professionalisme dan cekap. Malah, dia pula mengharapkan TS untuk memberi penjelasan kepada penduduk kampung berikutan masalah ini.

Dawilah Dawilah.

OK itu saja.

You must give me some credit for having the dedication to write this long. In MALAY!!! What the hell. The last time I wrote this long in Malay was probably during peperiksaan Bahasa Melayu SPM.

Next post in Turkish. Just because Turkiye played well above expectations and provided a lot of drama.
Colin Kazim Kazim Kazam!
Emre Belegzolu.
Doner Kebab.
Pide.
Carpet murah, good quality.

Itu sahaja.

Say hi to your mum for me.




11.6.08

Manyak Minyak

Dutch backpacker : Why don't you talk in Malay? (to me & wife)

Ceh. Nah, aku blog "in Malay"!

Baru baru ini, harga minyak petrol (dan diesel) telah naik dengan amat banyaknya.
Harga minyak mentah dunia sekarang sudah menjangkau US$ 130/liter jadi, nak tak nak sudah tentu lah harga minyak naik jugak.
OK. Itu aku boleh terima.

Tapi kalau naik banyak sangat sekali harung (in one go) memang la sakit hati. Pak Lah dengan selamba suruh "ubah gaya hidup" & potong elaun keraian menteri sebanyak 10% untuk menjadi contoh teladan yang ideal kepada kita semua. By the way (Walaubagaimanapun??), apa kah ke jadahnya elaun keraian itu? RM 18K sebulan? Untuk Pak Lah? Pak Lah dah la tidur semasa meeting, oops mesyuarat.

Pada hemat aku, Pak Lah tidak berapa bijak. Tak anticipate kenaikan harga minyak walaupun harga sudah naik dengan steady sejak 2-3 tahun lepas. Kenapa? Sebab Lah sibuk nak bukak koridor. Bengong. Koridor banyak banyak pun buat apa. Lepas tu belanja RM 17 juta untuk "menganjurkan" CYC yang tak diiktiraf. OK, ni bukan kerja Lah secara langsung tapi... lantak Lah.

Kalau kerajaan (sebab Pak Lah sekor sekor memang tak terpikir punya) cuba pikir dan tengok gambar yang lebih besar (look at the bigger picture) sepatutnya dapat menjangka harga minyak yang akan naik uncontrollably (tak terkawal). Oleh itu, mungkin kerajaan dapat menyediakan infrastruktur prasarana anjakan paradigma yang bersesuaian untuk menghadapi krisis ini.

Tetapi.... TIDAK. Mereka berbelanja sesuka hati. Koridor sana, indelible ink sini, CYC sana, election sini, bagi duit kat hakim dan lain lain lagi. Nah, sekarang lihat.

LIHAT!!!

LIHAT!!!

LIHAT lah brader.

Baru nak terhegeh hegeh menstrukturkan semula subsidi and taik (shit). Namun, segalanya sudah terlambat, SYAITAN!!!

Hahahahaha.

Tolong tengok siaran ulangan Gado Gado kat Astro Ria. Memang lawak gila babi.

Entry berikutnya dalam bahasa Belanda. Ruud van Nistelrooy, Sneijder, Robin van Persie, Giovanni van Bronckhorst, Marco van Basten, Rijkaard.

Sekian terima kasih.





10.6.08

Lawak

Bolos saja dinding itu!!!!!


5.6.08

Insane queue

Just like any typical kiasu Malaysian, I too ended up being stuck in a ridiculously long (and quite pointless, really) jam to fill up my car up to the brim with 1.92/litre petrol.

And I wasted 1 1/2 hours of my life doing this. Unsurprisingly, nearly a million people did the same thing.

How much can you save, really?




4.6.08

June Post

Another post for another month.

I got married recently. The kenduri & all the related events were chaotic (typical of Malay weddings) and also tiring, but I'm happy.

I'm so happy I might even write another post this month.