24.6.08

Dutch failure

Since Holland self-destructed terribly in Euro, I have to cancel my proposed Dutch post. Instead, I've decided to be all "ketuanan Melayu, songkok wearing" and shit, so once again, another Bahasa Melayu entry. Bergembiralah!

Ambik kau - Khyril Muhymin, Badrul Bakhtiar, Fadly Baharom, Shafiq Jamal & Fauzi Shaari. Kedah played extremely well against Selangor, dodgy keeper apart. And all without 2 of their foreign players. But the only foreigner who did play was a genius. An intelligent playmaker!!

Ini ada satu kisah.

Ada seorang pengusaha padi & ternakan ayam agrikultur yang agak berada. Apa kata beliau dinamakan Pak Dawilah. Pak Dawilah ada sawah padi yang besar di Kepala Batas & juga ladang ayam yang tak kurang hebatnya. Pak Dawilah sedar dia tidak begitu cekap mengurus agrikultur, ye lah... dia lebih suka tidur di waktu petang dan juga melepak bersama menantunya, Khyril. Lantas, Pak Dawilah melantik seorang pengurus ladang hebat untuk menjaga sawah & ayam, dengan harapan pengurus ini dapat mengembangkan perusahaan agrikulturnya ini ke luar negeri. Mungkin ke Perlis.

Pengurus Ladang (namanya TS Malican - hmmm macam TS Elliot!!) seorang yang dahsyat hikmatnya & mempunyai ilmu urus ladang yang hebat. Pada awalnya, Pak Dawilah memberi 100% kepercayaan kepada TS dan hasilnya!! ya hasilnya!!!

Hasilnya ialah... keuntungan berlipat ratus kalimullah (oops) kali ganda! Dari 1 sawah padi, kini Dawilah ada 30 sawah padi (termasuk di Perlis & Sabah) dan lebih 1 juta ekor ayam. Semua dari titik peluh TS dan pekerja-pekerjanya. Dawilah awalnya bersetuju untuk mengambil 65% dari keuntungan dari TS dan selebihnya diberi kepada TS untuk melabur semula agar perniagaan dapat dikembangkan lagi.

10 tahun yang pertama, Dawilah untung banyak. Semua wang hasil ayam & sawahnya dapat digunakan untuk membangunkan rumah buruk Dawilah. Malah, seluruh warga kampung Dawilah diberi diskaun yang teramat murah untuk membeli padi & ayam. Penduduk amat menyanjung Dawilah disebabkan kemurahan hatinya.

Tapi Dawilah sebenarny tidak begitu cerdik. Ataupun pandai berjimat. Duit yang banyak itu digunakan olehnya sesuka hati. Dawilah membeli bot yang hanya digunakan 3 hari setahun dan juga membina koridor di kampung sebelah. Entah apa tujuannya? Itulah persoalan orang kampung.

Orang kampung pula sudah makin malas disebabkan sentiasa mendapat makanan murah. Duit yang lebih tidak disimpan tetapi digunakan untuk membeli telefon bimbit yang memainkan lagu Madonna. Ataupun Pop Shuvit.

Namun malang tak berbau. Harga ayam dan padi secara tiba tiba meningkat dengan mendadak. Kos menguruskan ladang juga naik dengan drastik. Untung Dawilah makin berkurang!

Dawilah terpaksa mengurangkan diskaun padi & ayam, menyebabkan penduduk kampung mengamuk sebab harga naik.

Penduduk kampung mengamuk kat TS Malican sebab harga padi & ayam naik. Walhal TS Malican cuma menjaga perniagaan sahaja, tiada kaitan dengan penetapan harga. Namun, penduduk kampung tetap mengamuk. Membakar koridor di kampung sebelah dan menghantar SMS jahat. Ini semua sebab penduduk kampung agak bodoh rupanya.

Dawilah pula makin terdesak. Dia hanya senyap sahaja.
Kemudian, dia berharap TS Malican dapat beri lebih duit kepadanya. Lebih dari 65% yang telah dipersetujui.
Bila penduduk kampung mengamuk, Dawilah tidak pun mempertahankan TS Malican yang selama ini telah berkhidmat dengan penuh professionalisme dan cekap. Malah, dia pula mengharapkan TS untuk memberi penjelasan kepada penduduk kampung berikutan masalah ini.

Dawilah Dawilah.

OK itu saja.

You must give me some credit for having the dedication to write this long. In MALAY!!! What the hell. The last time I wrote this long in Malay was probably during peperiksaan Bahasa Melayu SPM.

Next post in Turkish. Just because Turkiye played well above expectations and provided a lot of drama.
Colin Kazim Kazim Kazam!
Emre Belegzolu.
Doner Kebab.
Pide.
Carpet murah, good quality.

Itu sahaja.

Say hi to your mum for me.




3 comments:

Anonymous said...

haha very interesting post toddekk. but maybe in the 1st place, diskaun harga ayam itu shouldn't have been given? or diberi melalui cara yang lebih menguntungkan penduduk kampung?

farock said...

aku nak makan kebab
extra hummous no tabouli
next agm kita makan kebab ok?
aku tak escape meeting lagi

adi said...

eleh farock! Boleh bla la wei. Sanggup escape agm!

hahaha, i'd done the same probably!